Kosmo 29-10-2007

kosmo_lina.png

Jemu Part 2

Atas dasar menyahut cabaran, saya elaborate sikit tentang topik (yg kalau tak betul cara menanganinya, jadi haru…hihi) iaitu:

*Jemu suami/isteri
Mari kita lihat beberapa kategori jemu antara suami/isteri yg mungkin timbul:
(i) jemu masakan
~ belikan buku2 masakan dan sama2 belek, jangan beli dan suruh isteri masak je. Suami kena tengok juga dan kata, “Yang, cuba masak ikan macam ni…nampak sedap.” Suami sama2lah tolong di dapur supaya semangat isteri naik sikit. Kalau tak tahu langsung kupas bawang, pura-pura la lap meja atau buat air untuk isteri, alangkah bahagianya! Ni bila isteri beli buku, suami marah2 la pulak atau perli kalau dia tak cuba resepi. Come on, man!

(ii) jemu rutin yg sama
~ sesekali bawalah isteri tengok wayang. Ni sesuai la kalau anak2 dah besar (& tak mau ikut – kalau mereka ikut, nak tgk citer kartun/binatang je). Bagi yg anak2 masih kecil, sabarlah kerana masanya akan tiba bila kamu berdua boleh kembali menjadi pakwe & makwe. Hujung minggu pergi berjemaah di masjid yg berbeza. Selalu kuliah Ahad (selepas Subuh) di Masjid Bangsar, minggu depan pergi pula ke Masjid Ampang, minggu berikutnya di Masjid Kepong…boleh sembang dgn suami/isteri tentang masjid2 yg dikunjungi, tiadalah jemu lagi (utk cari topik berbual).

(iii) buat kejutan
~ ni kira macam buat sesuatu yang exciting (untuk hilangkan jemu). Bergantung pada budget. Kalau berduit, belikan hadiah mahal. Isteri boleh tempah meja di restoran ternama, belanja suami makan. Atau tempah bilik di hotel pada hujung minggu.  Atau bawa keluarga bercuti. Pasti isteri/suami tak jemu dgn pasangan begini. Sentiasa happening…

(iv) jemu penampilannya
~ belikan baju baru, tak perlu tunggu waktu birthday atau Hari Raya je. Atau perfume baru biar bau dia lain sikit dari biasa. Takkan 10 tahun kahwin asyik berbau minyak wangi sama, kut? Isk, isk, jemunya…

(v) jemu yg-tak-boleh-cerita
~ cuba bawakan watak berbeza, siap dengan pakaian lain drpd yg lain, ubah suara mirip gadis penggoda di jalanan atau perempuan joget, mekap mcm bintang filem (sekadar menyebut beberapa contoh). Pasti tak jemu…hehe.

Maaf kalau ada tersinggung, ini sekadar hiburan semata-mata.
😉

Jemu

Rakan taulan,
Tentu sekali kita pernah berasa jemu. Sebagai manusia, adalah biasa jadi bosan terhadap rutin yang saban hari sama. Sebagai pekerja, jika tugasan tidak berubah selama 3 atau 4 tahun, jemu juga, bukan? Jadi, bagaimana hendak melepaskan diri dari rantai jemu yang membelenggu diri? Sebelum itu, mari saya tunjukkan kamu beberapa kategori jemu:

*Jemu masak
Kalau tiap2 hari goreng ikan, tumbuk sambal belacan, tumis sayur dan buat sup ayam, pastilah jemu masuk ke dapur satu fenomena buat kaum ibu (& isteri, hihihi). Untuk elakkan, setiap Sabtu/Ahad, buatkan senarai menu untuk seminggu. Dengan cara ini, kamu boleh cuba masakan berbeza untuk setiap hari dalam minggu itu…bila bershopping, simpan bahan (dlm freezer) yg nak digunakan terlebih dulu di bahagian depan, manakala yg lain di belakang, mengikut turutan dlm menu seminggu.

*Jemu makan
Anak2 mungkin jemu sebab ikan masak kicap atau sambal tumis tak berubah rasanya selama bertahun-tahun. Bila dah tau macam mana rasanya, tentulah tak suka dan tiada selera untuk makan. Untuk atasi, tukar jenama kicap/sos cili/sos tomato/sos tiram/cili kisar yg kamu gunakan. Rasa masakan tentu berubah!

*Jemu sajian serupa
Ini mudah saja. Cuba resepi baru tapi jangan ubah semuanya sekaligus. Maksudnya, kalau anak2 kamu suka sambal tumis, biar dulu dalam menu…ubah satu lagi masakan, katakanlah masak kicap ikan jadi masak taucu. Dgn cara ni, sajian baru dapat diperkenalkan secara perlahan-lahan. Ia proses memvariasikan sajian.

*Jemu menulis
Penyakit penulis yg dikenali juga sebagai writer’s block. Tiada satu patah perkataan pun yg terbit dari minda, kamu kecewa, kamu marahkan diri sendiri, kamu mengamuk dan keadaan jadi makin runcing. Apa nak buat, ya?
~ sembahyang & minta petunjuk/ilham
~ capai buku/novel/akhbar & baca (walau tiada kaitan dgn apa yg kamu tulis)
~ tonton tv/vcd filem yg kamu gemari
~ masak makanan yg kamu sukai (terapi minda)
~ berinteraksi dgn kawan2 siber di blog (berhati2 jgn keterlaluan)

*Jemu suami/isteri
No comments  😉

ps: Takziah buat keluarga Dr.Sheikh Muszaphar…

An evening in Rebung…

Koleksi foto sekitar ‘Majlis Penyerahan’ novel. Perjumpaan ini diadakan di Restoran Rebung, Bangsar, Kuala Lumpur pada bulan Julai lalu.

sh03.jpg

sh02.jpg

sh01.jpg

sh051.jpg

Sunset in Klang

klang_01.jpg
Senja 17 Oktober 2007, Pelabuhan Utara Klang disimbahi cahaya keemasan mentari yg sedang terbenam. Sendirian di tepi pantai adalah saat yg cukup mengasyikkan.

klang_02.jpg
Pergi sejauh Pantai Jimbaran, Bali pun tidak dapat menikmati keindahan seumpama ini. Bak kata pepatah, ‘Being at the right place, at the right time’. One of the greatest moments for a writer to maximize her romantic feelings. Hehe.

 

I know what I did last raya!!

raya_05.jpg
The weather was fantastic, macam spring kat UK.

 raya_01.jpg
Horse-riding, beb…!

 raya_02.jpg
Dah terlambat nak join team Lord of The Rings!

 raya_03.jpg
Takde senduk, kayu golf pun jadilah…

raya_04.jpg
Flowers are a girl’s best friend…

Bersama Dr.Sheikh

01.gif

Gembira, terharu dan bersyukur tika melihat Soyuz berlepas ke ISS semalam. Sesiapa yg pernah membaca novel saya, Impian Terindah, mungkin akan lebih memahami perasaan saya.

88.1Mhz pula…

Salam semua.

Tiba-tiba saja Jaafar Onn call petang semalam, suruh saya standby esok (Selasa) antara 10-12 tghari untuk sesi temubual melalui telefon dengannya. Dia kan sekarang Anchorman (DJ) di WFM frekuensi 88.1 (Radio Wanita)? Dia kata, kena sediakan satu resepi untuk dikongsi dengan pendengar. Ketika ini, Radio Wanita hanya beroperasi di Lembah Kelang saja, nampaknya geng yg jauh-jauh tak dapat dengar laa…takpe, nanti saya postkan resepinya di sini, ya?

07:30

Feminin Oktober

baru_feminin.jpg
cover feminin oktober 2007.

  fem1.jpg

fem2.jpg

Berbuka Puasa dengan Adam AF2

Salam manis untuk semua!

Inilah entry pertama untuk laman wordpress saya.

adom.jpg

Last Saturday, 22nd Sept, I was at the Berbuka Puasa function organised by Adam AF2 Fan Club. It was held at The Summit Hotel, USJ. AFCM had also invited orphans from Rumah Titian Kasih. They performed some songs and a few of them stole our hearts with their funny antics. Adam was so sporting, and he managed to crack jokes that made everyone laughed. He sang wonderfully and truly entertained the audience (especially his fans) who came from all over Malaysia. Many varieties of food were served and it was a memorable ‘red-n-black’ night.

Adios.

« Older entries