Juadah Raya?

Bila sebut Hari Raya, apakah makanan yg pertama terlintas pada fikiran kalian? Lemang, ketupat atau dodol? Bauhulu atau wajek?

Apa yg tak menariknya sekarang, oleh kerana kuih-muih atau lauk-pauk itu boleh dibeli sepanjang tahun, maka dah hilanglah apa yg dikatakan sebagai keglamorannya. Zaman dulu (tak berapa lamalah, mungkin tahun 1960-70an), semua juadah raya hanya dapat dinikmati pada – Hari Raya! Jadi, suasana menarik sungguh sebab kita dah rasa ‘rindu’ pada juadah tersebut. Kini? Tengok dodol, biasa saja. Belek wajek, ahh, baru minggu lepas beli kat pasar malam. Lihat lemang, emm, kat pasar tani berlonggok. Nasi impit, kuah kacang, masak lodeh semua dah jadi juadah rutin di gerai waktu sarapan. Erks, bosannya!

Jadi, macam mana nak kembalikan semula juadah yg benar-benar nostalgia? Yg, bak kata orang, kita boleh associate dengan raya saja. Nampak macam raya 20 tahun lagi pun tak berubahlah…jom kita pakat create sesuatu yg khusus untuk raya – biar anak cucu kita di tahun 2020 nanti kata, ni juadah warisan neneknya di tahun 2007. Hehe.

Advertisements

Radio24

Assalamualaikum.

01.jpg

02.jpg

Jumaat lepas saya dijemput ke Radio24 (frekuensi 93.9) oleh Anchorwoman, Nazira Noran. Kami on-air selama kira-kira 30 minit, bercakap tentang Kuih-muih Asli: Adakah ia semakin dilupakan? Ada caller yang bertanyakan tentang pelbagai perkara termasuk meminta saya membuat buku-buku masakan kuih-muih tersebut.

Untuk pengetahuan anda, ia sudah lama terbit dan merangkumi seluruh Semenanjung; iaitu:
1) Variasi Masakan Utara
2) Variasi Masakan Selatan
3) Variasi Masakan Pantai Timur

Bukan saja mengandungi resepi kuih-muih tetapi juga masakan di negeri-negeri tersebut. Jangan lupa beli dan cuba, ok? Harganya cuma RM19.90 sebuah (70 resepi setiap satu lengkap dengan foto).

Sekian.