Jemu Part 2

Atas dasar menyahut cabaran, saya elaborate sikit tentang topik (yg kalau tak betul cara menanganinya, jadi haru…hihi) iaitu:

*Jemu suami/isteri
Mari kita lihat beberapa kategori jemu antara suami/isteri yg mungkin timbul:
(i) jemu masakan
~ belikan buku2 masakan dan sama2 belek, jangan beli dan suruh isteri masak je. Suami kena tengok juga dan kata, “Yang, cuba masak ikan macam ni…nampak sedap.” Suami sama2lah tolong di dapur supaya semangat isteri naik sikit. Kalau tak tahu langsung kupas bawang, pura-pura la lap meja atau buat air untuk isteri, alangkah bahagianya! Ni bila isteri beli buku, suami marah2 la pulak atau perli kalau dia tak cuba resepi. Come on, man!

(ii) jemu rutin yg sama
~ sesekali bawalah isteri tengok wayang. Ni sesuai la kalau anak2 dah besar (& tak mau ikut – kalau mereka ikut, nak tgk citer kartun/binatang je). Bagi yg anak2 masih kecil, sabarlah kerana masanya akan tiba bila kamu berdua boleh kembali menjadi pakwe & makwe. Hujung minggu pergi berjemaah di masjid yg berbeza. Selalu kuliah Ahad (selepas Subuh) di Masjid Bangsar, minggu depan pergi pula ke Masjid Ampang, minggu berikutnya di Masjid Kepong…boleh sembang dgn suami/isteri tentang masjid2 yg dikunjungi, tiadalah jemu lagi (utk cari topik berbual).

(iii) buat kejutan
~ ni kira macam buat sesuatu yang exciting (untuk hilangkan jemu). Bergantung pada budget. Kalau berduit, belikan hadiah mahal. Isteri boleh tempah meja di restoran ternama, belanja suami makan. Atau tempah bilik di hotel pada hujung minggu.  Atau bawa keluarga bercuti. Pasti isteri/suami tak jemu dgn pasangan begini. Sentiasa happening…

(iv) jemu penampilannya
~ belikan baju baru, tak perlu tunggu waktu birthday atau Hari Raya je. Atau perfume baru biar bau dia lain sikit dari biasa. Takkan 10 tahun kahwin asyik berbau minyak wangi sama, kut? Isk, isk, jemunya…

(v) jemu yg-tak-boleh-cerita
~ cuba bawakan watak berbeza, siap dengan pakaian lain drpd yg lain, ubah suara mirip gadis penggoda di jalanan atau perempuan joget, mekap mcm bintang filem (sekadar menyebut beberapa contoh). Pasti tak jemu…hehe.

Maaf kalau ada tersinggung, ini sekadar hiburan semata-mata.
😉

24 Comments

  1. lilyhaslina said,

    31 October 2007 at 5:56 pm

    huiii… jemu yang tak boleh cerita tu ngeri sihhh….. takut baca tipsnya!

  2. norz said,

    31 October 2007 at 7:06 pm

    lilyhaslina, u kan lagi handal (pakar motivasi, siap ada 2 buah buku lagi gitu…). Share la tips2 yg u pernah come across…boleh ramai2 kita dpt faedahnya. Takyah panjang2, hehe, simpan utk ur next buku motivasi.

  3. Abang Long said,

    31 October 2007 at 8:26 pm

    Kak Nor, teruskan tips – tips begini !

    Walaupun saya sudah terkena berdas – das tembakan, tetapi demi kebahagiaan keluarga, saya RELA …..auwwwwww ….. tak kuasa abang !

  4. combi@echah said,

    31 October 2007 at 10:46 pm

    jemu yang_tak_boleh_cerita >>uishhh lain mcm ni..kot dia nk syg terus pitam norz !! uwaaaaaaa..

    ~ dia ingt meroyan per nih..ttba mekap tebal cm wayang cina..

    ~ menggode ?? huuyoooo..kena bljr ngn angelina jolie (sbb bratt pit terpikat)

    ~ pakai bju kaftan..tp lain2 kaler..bole?? 😛

    ~ CYG NORZ..good idea bah !! 🙂

    nota kaki: org lelaki ni norz..dia berburu sblom dpt..tp bila dpt dia dah x kisah sbb dah jd hak milik terpelihara ! 😦

  5. UncleJ said,

    1 November 2007 at 2:00 am

    thanks norz..ha kan ramai yg minat tang jemu ni..tak sia2 saya mintak norz teruskan…good piece norz…terutama bg yg dah lama kawen mcm saya nih..hehehe

    saya minat jemu yg tak leh cerita tu…ada ker org dah jemu ttg bab tu? kesian ek sapa yg jemu bab tu…mungkin dia tak baca buku kamasutra kot..ekeke…tu yg “life” tu jadi jemu…to me communication between partners adalah penting utk elakkan ianya menjadi jemu..itu saja pendapat saya..hihi

  6. OD said,

    1 November 2007 at 4:03 am

    Sat… sat… nak translate kat anney… gegegege… Kak Norz cayang, mwah mwah seantero dunia, tips yang mengancam sukma dan merobek-robekkan poket suami… huhu. Yang last tu, dulu rajin la buat… gegegege… siap beli rambut palsu kaler blond lagi… sabar… sabar. Sekarang, tak yah pakai rambut palsu dah. Uban pun cukup… gegegege…

  7. Nina said,

    1 November 2007 at 10:45 am

    kaknorz pandai gak buat komidi badak *ketawa golek2*

    tp kalo nak pasang make up cina opera ngan pewangi kembang sunda* malem, kena tunggu malem jumaat kelewon kut😀😀😀

  8. norz said,

    1 November 2007 at 11:57 am

    Abg Long, fuhh, nak tulis part last tu pun, berpeluh saya dibuatnya! Saya blh bayangkan auwwww…yg sungguh mengancam lagi terancam. Hihi.

  9. norz said,

    1 November 2007 at 12:04 pm

    Combi, pakai kaftan lain2 kaler…tu idea yg original, haha, tapi xleh amalkn selalu kaftan sbb tak nampak cutting badan…kuang(3X). Mmg la lelaki memburu utk dapatkan sesuatu, tapi kalau dia x jaga, apa yg diburu tu sat gi kena pikat dek org lain…amacam? Ada pompuan buru lelaki, bila dh dpt, kemain jaga takut lelaki pi cari lain…sbb depa ada kuota.

  10. norz said,

    1 November 2007 at 12:12 pm

    UncleJ, ni gara2 menyahut cabaran…saya mmg pantang kena cabar, wakaka. Mmg kisah jemu yg last tu dekat dgn diri semua org, it is something yg x boleh di take for granted or overlooked…kdg2 benda ni yg make or break the marriage. U r right, husband-wife kena selalu brbincang tp ada husband yg ego, mintak wife ikut cakap dia je….

  11. norz said,

    1 November 2007 at 12:17 pm

    OD, kelakar teramat part uban tu…akak ingat, kalo OD pakai sari yg nampak perut, mesti anney tak berkelip mata…Eh, eh, kan suami lagi loaded dari isteri, kena la spend lebih sket, takkan bagi makan je. Jgn lebih2 nti kena censored…!!

  12. norz said,

    1 November 2007 at 12:23 pm

    Nina, tak sangka gak,ya…akak ni ada la sikit2 bakat pelawak…ni gara2 tgh tulis novel cinta berunsur komedi. Kepala kena giler2 sikit, hehe. Kalau Nina ada tips, share la dgn kami…mungkin org Brunei ‘ada rahsia” kut…?🙂

  13. Ainin Naufal said,

    1 November 2007 at 1:23 pm

    Whoa! Boleh jadi kaunselor rumah tangga pulak lepas ni. Tambah bidang kerjaya. hehehe.

  14. nuriman said,

    1 November 2007 at 1:45 pm

    salam kak norz…kalau nak saya citer pasti tergelak..tetapi my hubby yg belikan saya tiap2 bulan buku resipi tak kira rasa…sampai ke petua masakan…kalau nak a\pindah kena angkut satu lori bab buku ni kak huhuhu….campur dgn novel2 yg entah byk mana ada..

  15. combi@echah said,

    1 November 2007 at 1:59 pm

    od..uban?? huahua..

    ~ org lelaki..uban dikaitkn dgn matured n stabil (manyak luit maa..)

    ~ kalo org pompuan..fesyen terkini..!! hehehe..a’a laa klas gitu od 😛

    ~ JGN CABUT UBAN ~ nk p kaler cm pelangi laa norz.. 😀

  16. budin said,

    1 November 2007 at 4:39 pm

    jemu bercakap. tolong terangkan pada saya macamana nak atasi masalah saya yang dah jemu bercakap. Sekarang ni saya menulis di blog saja untuk berkomunikasi.

  17. budin said,

    1 November 2007 at 4:41 pm

    banyak betoi komen pasal jemu ni…cerita pasal cabut uban pun ada…..Hwaaaaaaaa..Aku jemu hiduppppppp.

  18. norz said,

    1 November 2007 at 9:41 pm

    Combi, bila dah ada uban, baiklah berwaspada kerana destinasi terakhir kian hampir…ada org penuh ubannya tapi masih nampak steady mungkin sbb penampilan dan gaya maintain macho…sabor je aku.

  19. norz said,

    1 November 2007 at 9:47 pm

    budin, sdr jemu bercakap? Mujur ada blog utk berinteraksi. Mungkin jemu bercakap dgn manusia, cuba2lah bercakap dgn pokok pula, hihi. Jangan marah, nanti kena jual. Topik jemu ni popular mungkin sebab ia sering berlaku tapi tiada dibahaskan. Seolah2 org jemu bercakap tentang jemu. Carilah sesuatu atau seseorang supaya sdr tidak jemu hidup…

  20. norz said,

    1 November 2007 at 10:34 pm

    Ainin Naufal, setakat berkongsi apa yg dibaca dan/atau dialami, wakakaka. Akak rasa, setiap pasangan ada masalah sendiri krn manusia tak sama dan manusia juga tak perfect. Jadi, gunalah akal bila membuat keputusan, jangan guna hati/perasaan.

  21. norz said,

    1 November 2007 at 10:38 pm

    nuriman, itulah antara bukti betapa sayangnya suami pada isteri…bertuah anda. Ada yg dah kawin sampai 20 tahun, sebuah buku pun tak pernah dihadiahkan; bila nak beli majalah, sang suami kata membazir…mcm mana hati isteri x bengkak sampailah ke dalam bilik tidur. Nak ungkit takut marah, simpan bertahun2 jadi kudis…Wahai sang isteri, terimalah suami seadanya. Bukankah bersabar itu separuh drpd iman…sesuaikan, nuriman?

  22. UncleJ said,

    2 November 2007 at 1:41 am

    uiks…fofular sungguh topik jemu nih norz..

    tak sangka pulak dr menyahut cabaran berderet komen org bg!! ..termasuk ler dr sahabat saya yg dah jemu idupp tu…sian dia..tak baik ckp jemu idup kan..betoi tak norz? i totally agree with u on your response to him especially the last sentence..carik ler sesuatu/seseorg utk atasi jemu tu…hehehe

    sah!!..kalau norz tulis buku ttg nih gerenti boleh jual.. i’ll be the first to buy it..ekeke

    dah ler..panjangnya.. mcm tulis entry blog sendiri pulak sy tulis ni…sorry ye norz..

  23. norz said,

    2 November 2007 at 12:14 pm

    UncleJ, its okey. Buku ttg ni? Perhaps, someday…
    Mungkin sahabat tu jemu ‘bermusim’…kita harap lepas ni dia melihat kehidupan dr sudut yg lain pula, akan jd interesting.
    Actually saya pun kagum dgn respons org ramai. TQ for ‘opening my eyes’, hehe…

  24. nuriman said,

    2 November 2007 at 1:35 pm

    Macam mana x beli kak kalau isterinya patah kakinya..tetapi alhamdulillah terima seadanya redha dan syukur alhamdulillah..itulah dunia kecil ku kak…….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: