Jemu

Rakan taulan,
Tentu sekali kita pernah berasa jemu. Sebagai manusia, adalah biasa jadi bosan terhadap rutin yang saban hari sama. Sebagai pekerja, jika tugasan tidak berubah selama 3 atau 4 tahun, jemu juga, bukan? Jadi, bagaimana hendak melepaskan diri dari rantai jemu yang membelenggu diri? Sebelum itu, mari saya tunjukkan kamu beberapa kategori jemu:

*Jemu masak
Kalau tiap2 hari goreng ikan, tumbuk sambal belacan, tumis sayur dan buat sup ayam, pastilah jemu masuk ke dapur satu fenomena buat kaum ibu (& isteri, hihihi). Untuk elakkan, setiap Sabtu/Ahad, buatkan senarai menu untuk seminggu. Dengan cara ini, kamu boleh cuba masakan berbeza untuk setiap hari dalam minggu itu…bila bershopping, simpan bahan (dlm freezer) yg nak digunakan terlebih dulu di bahagian depan, manakala yg lain di belakang, mengikut turutan dlm menu seminggu.

*Jemu makan
Anak2 mungkin jemu sebab ikan masak kicap atau sambal tumis tak berubah rasanya selama bertahun-tahun. Bila dah tau macam mana rasanya, tentulah tak suka dan tiada selera untuk makan. Untuk atasi, tukar jenama kicap/sos cili/sos tomato/sos tiram/cili kisar yg kamu gunakan. Rasa masakan tentu berubah!

*Jemu sajian serupa
Ini mudah saja. Cuba resepi baru tapi jangan ubah semuanya sekaligus. Maksudnya, kalau anak2 kamu suka sambal tumis, biar dulu dalam menu…ubah satu lagi masakan, katakanlah masak kicap ikan jadi masak taucu. Dgn cara ni, sajian baru dapat diperkenalkan secara perlahan-lahan. Ia proses memvariasikan sajian.

*Jemu menulis
Penyakit penulis yg dikenali juga sebagai writer’s block. Tiada satu patah perkataan pun yg terbit dari minda, kamu kecewa, kamu marahkan diri sendiri, kamu mengamuk dan keadaan jadi makin runcing. Apa nak buat, ya?
~ sembahyang & minta petunjuk/ilham
~ capai buku/novel/akhbar & baca (walau tiada kaitan dgn apa yg kamu tulis)
~ tonton tv/vcd filem yg kamu gemari
~ masak makanan yg kamu sukai (terapi minda)
~ berinteraksi dgn kawan2 siber di blog (berhati2 jgn keterlaluan)

*Jemu suami/isteri
No comments  😉

ps: Takziah buat keluarga Dr.Sheikh Muszaphar…

14 Comments

  1. OD said,

    28 October 2007 at 6:10 pm

    Salam Kak Norz cayang…
    Memang betul kata Kak Norz tu.

    – Jemu masak: OD suruh anney beli kat Malaysian/Singapore Cuisine di Northbridge. Senang.

    – Jemu makan: Mungkin ada orang yang fikir “Aik? Ada ke jemu makan?” Adaaaaaaa…. OD sekarang mengalaminya. Makan sehari je sekali. Nasi sejemput tu pun tak lalu habis. Jemu… ekekekeekeke… sabar sabar. Alaaa… OD tahu sebabnya. Sebab OD tak masak ikut resepi Kak Norz la nih… kira daulat… ekekekekeke

    -Jemu sajian serupa: Sama jawapan dengan jemu masak kat atas tu lerrr…

    – Jemu menulis: Adoiii… seksa kalau diserang penyakit ni. Memang tak boleh buat apa. Jadi, jangan diikut hati yang marah. Buat cam yang Kak Norz cakap tu. Kalau diserang writer’s block ni, OD selalu tonton dvd HP, LOTR, Monster Inc., Finding Nemo, Ice Age dan dvd lain yang sewaktu dengannya… pastu rasa cam kena cas je… ekekekekee

    -Jemu suami isteri: Hmm… kena join group ‘swinger’ nih… waaahhh… tak rela….

    Ha ahlah Kak Norz… sedih OD baca berita di akhbar tu. OD tengah fikir, apa sebenarnya yang tersirat di sebalik maksud dua kejadian yang amat jauh bezanya bak langit dengan bumi… ketentuan ALLAH, kan Kak Norz… sabar sabar. Takziah buat keluarga Dr. Sheikh. Semoga ALLAH mencucuri rahmatNYA ke atas roh adik Dr. Sheikh. Amin.

  2. combi@echah said,

    29 October 2007 at 8:15 am

    slm norz..rindunyer!! biasa wiken mmg bz sket..kdg2 saja buat2 bz ..hehehh.

    ~ jemu ekk..kdg2 perasaan tu dtg gak..tp cm norz ckp buat la sesuatu yg baru..

    ~ selalu gi lyn movie kt panggung wyg atau window shoping..

    ~ bw keta pusing2 kt highway..pastu balik umah >> klakar kan..

    ~ jemu kt suami/isteri..sampai hati ker? biasa lelaki kot yg jemu kt isteri..maklumlah nk test market !! atau nk yg lebih mudoo baru lah feel baru tu dtg..kena tanya budin n unclej ni. 🙂

    ~ jwp arr budin n unclej >> jgn x jwp !!

  3. norz said,

    29 October 2007 at 8:59 am

    OD, ah, mulut 2 aje,blh la selalu2 mkn kat luar. Jeles la dgr OD mkn sekali sehari je, ni mesti pasal kerja kuat sgt. Byk yg kelakar OD punya dvd choice..great for injecting humour in yr writing.
    Smlm dlm tv tunjuk Dr.Sheikh di pusara adiknya – he’s so mentally strong, comforting his mom & the rest. Dugaan ILAHI…going to space, selamat…kat bumi, sebaliknya. We should learn something from this.

  4. norz said,

    29 October 2007 at 9:03 am

    Combi, mmg mcm2 cara org nak bunuh kebosanan. Kita saja yg faham diri kita yg sbnrnya. Akibat jemu,kalo brlarutan can lead to depression. Kita alright je kut, otak giler2. Bila UncleJ & Budin join sekali, makin haru…ha’ah, u guys – jwb!!

  5. mersik said,

    30 October 2007 at 1:56 pm

    Kalau dah jemu2 pun berkategori banyak.. Maka tak de lah terasa jemu2 nya.. hu huuu..

    ( Jemu makan jamu.. kekekekek )

  6. kakmOn said,

    30 October 2007 at 10:37 pm

    kaknorz kalo jemu suami.. kakmOn kena tutup kitab :p

  7. UncleJ said,

    31 October 2007 at 2:12 am

    salam norz…lama tak singgah sini..bz beraya ler..hehehe

    ok nak jwb jemu yg tu ler…saya? takat ni belum jemu lg kot..tp tak tau ler masa depan mcm mana..mintak2 jgn ler..haru jugak nnt…tapi lelaki quota ada 4 kan, mungkin tak jemu kalau quota dah penuh…ekeke

    budin mesti tak jawab soklan ni..dia bz skrg nih..tambah2 nak cuti blogging lak seminggu ..sedih saya dengar..we will miss budin..betul tak geng? esp yg selalu menebeng kat blog budin tu..hehehe

  8. UncleJ said,

    31 October 2007 at 2:17 am

    sorry tertinggal satu komen…

    norz…tak aci ler jemu yang last tu no komen…patut yg menulis entry ni kena abiskan jugak part tu…bg ler cadangan mcm mana nak atasi jemu tu..baru le entry ni complete,at least boleh kita manfaatkan bersama cdgn tu..ni mcm tergantung jer…ekeke

  9. kakmOn said,

    31 October 2007 at 8:56 am

    Kaknorz FYI hubby tak suka makan ikan masin nih.. dia fobia sgt. Sebab masa dia kecik dulu jiran cinanya niaga ikan masin. Diaorang guna penyapu lidi halau lalat. Sampai sekarang ni tak pernah jamah atau bawa balik kerumah. Dia cuma makan ikan tungkul jeruk masin ibunya.So nina kurang mahir dalam pemerapan ini. Tapi nina masih ada simpan memori ikan masin nenek.

    Ikan masin 1kg (terubuk, kembung etc)
    garam kasar 2 cawan
    gula makan 1/2 cawan
    cuka makan 1/2 cawan
    diperap dalam tajau(tembikar tanah liat) dan ditutup mulut tajau itu dengan kain kasa. Biarkan sehingga keluar air baru kita gunakan.

    Nina pernah dengar ada orang Mukah kata some of the chinese yg buat ikan masin ni di campur dengan samsu(arak cina) supaya isi daging ikan itu tidak berderai. Dan di India diaorang guna kapur berus untuk mengawetkan ikan terubuk itu. Wallahuwa’lam. Panjang pulak stori kakmOn :p nanti kita buat n3 ikan fobia bang mat ini yah😀

  10. norz said,

    31 October 2007 at 4:40 pm

    mersik, kita jangan sesekali jemu memperkatakan perihal jemu. Hihi.
    Jangan keliru dgn jemuju, sejenis rempah India…wakakakaa

  11. norz said,

    31 October 2007 at 4:41 pm

    UncleJ, akan saya sahut cabaran tu. As for budin, kita kena respect, arr, wishes dia. We can still lepak2 kat maner2, eik?

  12. norz said,

    31 October 2007 at 4:45 pm

    Nina, thanks a million for the recipe. Memang tiada dlm buku or majalah, I think. Lain dgn cara buat ikan pekasam although rasa lebihkurang sama. Dan tak ditutup kemas2 sbb nak beri udara keluar-masuk. Ikan pekasam pula disalut beras goreng…mcm2 cara nak awet, org Islam kena peka.

  13. budin said,

    1 November 2007 at 4:46 pm

    hidup penuh kejemuan… apa saja yang kita lakukan berulangkali selama bertahun-tahun, kita akan mula merasakan kejemuian itu, kecuali bersembahyang dan beribadah….dari Ustaz Budin

  14. norz said,

    1 November 2007 at 9:52 pm

    Ya Ustaz Budin, betapa benar kata2 ante. Pandanglah sesuatu dgn positif setiap kali di dalam kebosanan; ada hikmah di sebalik kejadian itu. Jika ia memang hak kita, kita akan milikinya; jika tidak, pasrahlah…sekian, wassalam.🙂


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: