Impian Terindah

Dipetik daripada laman web Alaf21 FC & Alaf 21

 tentangbulan.jpg

Penulis Norzailina Nordin, apabila ditanyakan komen mengenai Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar yang berjaya ke angkasa turut merasa teruja dan bangga. Ini kerana beliau pernah bersua dengan angkasawan tersebut selain telah mengabdikan namanya dalam novel terbaru yang berbentuk futuristik iaitu “Impian Terindah”.

“You have a great imagination there. It’s an honor to be stated in your novel. Thanks again.” – Dr. Sheikh Muszaphar

~ Inilah kata-kata balasan emel Dr. Sheikh Muszaphar yang bertarikh 24 Januari 2007 setelah saya meminta keizinan beliau untuk memasukkan namanya di dalam novel Impian Terindah. Sebelum itu, saya emelkan sinopsis tentang novel tersebut dan memberitahunya perihal Kapten Sheikh Qirdan (jurutera aeronautikal). Pada tahun 2124, Kapten Sheikh Qirdan (cicit Dr. Sheikh Muszaphar) menjejakkan kaki ke bulan untuk membina pelantar kapal angkasa yang bekal berlepas ke planet Marikh.

~ Setelah menyerahkan novel tersebut kepada Dr. Sheikh Muszaphar pada 7 Julai 2007, beliau berkata akan membacanya di dalam kapal terbang semasa dalam perjalanan pulang ke Moscow. Antara kata-kata beliau semasa membelek buku itu, “Mana nama saya?”. Bila saya tunjukkan ayat pertama di dalam novel tersebut (sudah tercatat namanya), dia tersenyum lebar.

~ Dia sentiasa memberikan perangsang untuk berjaya tidak mengira kepada siapa, termasuk saya, yang antara lain katanya, “Having written 23 novels is a great achievement… may you continue to write more wonderful books in future.”. Dia selalu menasihati pelajar yang ditemuinya supaya belajar bersungguh-sungguh, yang bekerja agar berdedikasi serta memikul tanggungjawab dengan penuh tekun dan amanah.

Norzailina Nordin

Umum sudah sedia maklum tentang peristiwa bersejarah ini. Dr. Sheikh Muszaphar, 35 telah pun bertolak ke ISS sejauh 350km seterusnya mengelilingi orbit bumi, menjalankan kajian dan penyelidikan sains di angkasa lepas. Ini merupakan satu kebanggaan bagi seluruh rakyat Malaysia.

Bersyukur kita kerana Angkasawan Malaysia ini telah dapat menjalankan misinya dengan lancar serta mengharumkan nama negara di persada dunia khususnya dalam bidang aeroangkasa.

8 Comments

  1. OD said,

    25 October 2007 at 6:21 pm

    Kak Norz cayang… OD pun tumpang bangga… memang canggih buku tu. Tak ada penulis Melayu yang mampu menjangkau hingga ke bulan lagi seperti yang Kak Norz lakukan. Tahniah daripada OD utk Kak Norz tercayang. Mwah.

  2. norz said,

    26 October 2007 at 7:25 am

    OD Si Comel dr Ostolia, terharunyalah…rasa tak sia-sia membanting tulang, memerah keringat nak buat IT. Novel tu pun possible krn team Alaf21 yg dedikasi. Also tq to geng FC yg tak jemu2 beri sokongan. Cewahhh….rasa mcm dok bagi speech kat Academy Awards…sama2 la, OD, kan…kita mewarnai kelainan pd novel2 kita…OD pun hebat dgn novel2 thriller & penuh imaginasi…

  3. ain said,

    29 October 2007 at 6:06 pm

    kalau arjuna hati kembali masa lalu….impian terindah pulak menjelajah masa dpn… tahniah!!!mmg best sgt2

  4. norz said,

    29 October 2007 at 6:47 pm

    Ain, thanks. Kita cuba buat yg terbaik walau dalam apa kerja sekalipun. Yg penting, seronok dan dgn niat untuk berkongsi pengalaman yg dikutip melalui pembacaan/penghayatan. Lain penulis, lain kecenderungannya…:)

  5. Iella said,

    25 November 2007 at 4:32 pm

    Wah.. Mesti best buku IMPIAN TERINDAH ni.. Macam mana nak dapatkan buku ni.. Sebab kat sarawak buku terbitan alaf 21 agak terhad.. Boleh berikan sedikit sinopsis tentang cerita ni..

  6. Wazie said,

    12 February 2008 at 4:42 pm

    baru smlm hbs bc ‘impian terindah’. best sgt2… dah bnyk kali ulang baca ending… sy tebaca psl novel ni kat novel alaf21 yg lain. ayat ‘percintaan kapt qirdan & yuhanez di bulan’ tu je dh wat sy suka. trus cari novel ni kat kedai. skrg akak tulis novel ape plak? gd luck k…

  7. Siti Sofia said,

    23 March 2008 at 4:32 pm

    saya baru berumur 13 thn.. tpi saya sndiri dpt membayangkn bagaimana keadaan di bulan dan dome2 yng berwarna-warni itu… gd luck kak…

  8. Filzah95 said,

    28 May 2012 at 8:35 am

    kpd kak Nor,saya juga begitu teruja apabila membaca novel ‘Impian Terindah’ tersebut….begitu cangihnya imiginasi kak Nor..oleh kerana terlewat mmbcanya pd tahun 2012,sy ingin minta maaf..tp mmang besttt!!! terutama percintaan kapten Qirdan&Yuhanez- good luCk untuk novel yang seterusnya…TQ❤


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: