Hoorey for Friday

Sedara/sedari,

Mulai 26-28 Oktober ini (Jumaat-Ahad), saya akan berada di Kuantan. Hah? Ada apa kat Kuantan? Banyak, nanti saya cerita lepas saya balik dari sana.ย Bukan, bukan untuk Demo Memasak. Kali ni bukan juga untuk jalan2 makan angin tapi nak menghadiri Simposium Penulis Pelbagai Kaum Ke-VIII sempena Hari Sastera 2007.

Rasa seronok dan tak sabar nak kutip ilmu daripada pembentang seperti SN Dato’ A.Samad Said, Sdr. Faisal Tehrani, En. A.Wahab Hamzah dan En. Mahat a/l Cina (yg pernah menjemput saya untuk on-air bersamanya di Radio Asyik). Pelbagai acara menarik sudah disediakan dan saya pasti takkan lepaskan peluang beramah mesra dgn peserta2 simposium dari seluruh negara, termasuk Sabah & Sarawak.

Salam manis.

12 Comments

  1. combi@echah said,

    23 October 2007 at 9:42 pm

    ambik pic bbyk..post kt sini norz..bole share ngn kita org.. ๐Ÿ™‚

    ~slmt bersimposium~

    ~ikon pe norz?

  2. norz said,

    24 October 2007 at 10:33 am

    will try, combi. thanks for the wishes. bukan ikon, silap arr…emoticon yg tersenyum kat atas tu. combi tau dak macamana nak bubuh chatbox kat sini? dah tanya UncleJ, dia pun x sure…

  3. combi@echah said,

    24 October 2007 at 12:06 pm

    norz bole try ni >>www.shoutmix.com dulu combi pakai ni.kalo yg skrg ni norz klik jer kt msjbox dibwh chatbox combi then dia akan terus link.yg ini byr rm10 utk langganan sthn.norz link kt sana ade cara2 nk langgan..try ekk.

    ~emoticon tu taip jer >> kalo senyum taip titik bertindih pastu taip kurugan.

    ~ ๐Ÿ™‚ ~

  4. hamidah said,

    24 October 2007 at 3:23 pm

    assalamualaikum, salam kenalan dari saya di singapure….tahniah buat kak nor n moga maju jaya dlm segala apa yg dilakukan. saya ada memiliki beberapa buku akak n telah pon mencuba beberapa resipi….Kek Madeira Marmar da jadi satu kemestian pada tiap hari raya….siap ada permintaan lg…hehehe saya akan jadi pengunjung setia lelaman akak ni….Selamat Hari Raya buat akak n family….๐Ÿ™‚

    ikhlas
    midah s’pore

  5. OD said,

    24 October 2007 at 6:21 pm

    Kak Norz ku cayang,
    Nak itut boleh? Baik-baik ya, semuanya lelaki (wahhhh… Abang Mahat pun ada. Canggih!) nanti ada yang termengurat Kak Norz yang jelita nih… camana nih?!!! Ekekekeeke… Stay beautiful kakak, stay canggih dan stay tersohor. Mwah.

  6. norz said,

    25 October 2007 at 7:10 am

    thanks a lot, combi. nanti saya try. nak settlekan novel, idea tgh mencurah2 ni, hehe. bukan, bukan novel idea kita bertiga tu, yg tu tgh queue tunggu giliran.

  7. norz said,

    25 October 2007 at 7:13 am

    hamidah, waalaikumslm. Salam lebaran dari akak juga. TQ kerana beri sokongan. Baguslah kalau sampai boleh dapat tempahan, kira dahsyat jugak tu…datanglah lagi, akak menanti dengan tangan terbuka.๐Ÿ™‚

  8. norz said,

    25 October 2007 at 7:18 am

    OD yg sungguh manis ibarat gula serawa, apalagi bila tertawa, dah ler begitu pandai pulak melawa…kelass adik akak yg sorang ni. Satu lepas satu dia berkarya, hebat yg amat. Kalau OD ada kat sini, mesti akak bawak sekali… boleh OD bergebang ngan Abg Mahat yg peramah tu. Kalau tak pun, bila OD dtg nti, kita pergi visit Angkasapuri…wakakaka. (ada org jeling tu, jaga2)๐Ÿ˜‰

  9. noorsiha said,

    25 October 2007 at 10:26 am

    Assalamualaikum, selamat datang ke kuantan…….tentu nya orang kuantan happy sangat norz datang ke sini. Lebih kurang macam balik kampong ye tak Norz. Selamat menghadiri simposium!

    >>:()

  10. eyman said,

    25 October 2007 at 11:02 am

    Hi Norz,
    Raya dah abih. Dengar kata masa puasa dulu sedang buat
    KEK MARBLE NOVELLA. Dah siap ker?๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚

  11. norz said,

    25 October 2007 at 2:27 pm

    noorsiha, terima kasih. Memang macam balik kampung, saya duduk di sana dari 1970 hingga 1983. Lama tu…tempat jatuh lagi dikenang.

  12. norz said,

    25 October 2007 at 2:30 pm

    Helo eyman,
    Tabik la eyman ni kalau beri nama, dahsyat! Tahun lepas usik2 saya dgn Kuih Pulun (masa tu saya pun tgh sibuk pulun menulis…hehe). Tahun ni sempat lagi dia ciptakan Kek Marble Novella untuk saya…wakakaka. Ni tengah hias kek tu dengan aising biar cantik sikit la, eyman! Selamat berkarya semoga mencurah2 ilham…:D


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: