Syawal ke-4

Salam ceria.

Raya tahun ni, sungguh hectic! Nama aje raya di KL tapi sebenarnya, berjalan hingga ke Bentong (rumah emak sedara) dan Raub (abt 1.5 hrs from KL). Dulu di Raub banyak emas, itulah sebab namanya ‘raub’ = meraup emas. Mengikut cerita sesetengah org, punya la banyak emas, bila cabut ubi keladi yg ditanam, ketulan2 emas akan terlekat pada tanahnya. Hihi. Bentong (Ketari) pula tempat lahir saya. Dulu agaknya di Ketari ramai org pandai menari. Hehe. 

Di Raub juga ibu saya (dah 63 usianya) jumpa jiran2 lamanya yg dah dekat 40 tahun tak jumpa! Nostalgia sungguh. Sebak jugak bila keluar cerita si anu dah meninggal atau si anu sedang sakit. Tapi itulah hakikatnya. Kita yg sihat ni, alhamdulillah. Bersyukur la selalu, eik?

Emm…masih mood cuti ke? Tentu sukar nak kembali menyambung karya, kan? Jadi, apa tips terbaik agar momentum menulis kekal seperti sebelum raya?
* baca semula karya (bab akhir dah memadai) utk mendapatkan mood supaya wujud kesinambungan sepanjang berkarya
* semak semula date-line (sebelum mula menulis setiap novel, rangkakan jangkamasa anda ingin habiskan. Contoh paling mudah, untuk novel 600 mukasurat, jika anda mampu menulis 10 mukasurat sehari, anda perlukan 60 hari = 2 bulan. Jika anda bercadang untuk berehat 5 hari sempena raya [atau apa2 saja], date-line akan berganjak ke 65 hari…stick to your schedule!)
* rasa penat? atau masih dalam suasana beraya? Jangan dibelenggu oleh perasaan. Bayangkan, berapa ramai lagi penulis yg sedang tekun menyiapkan karya – anda tentu tidak mahu buku mereka memenuhi rak di kedai sedangkan buku anda masih terperap di dalam pc? ‘Ketakutan’ ini dah cukup utk merangsang anda, sebetulnya!

Salam manis.

8 Comments

  1. Nina Suria said,

    17 October 2007 at 9:21 am

    salam 5syawal kakNor.. kita datang beraya pepagi nih.. kakNor

  2. zettyhani said,

    17 October 2007 at 10:16 am

    kecik sangat la, tak nampak. nak baca pun susah

  3. UncleJ said,

    17 October 2007 at 11:07 am

    salam lebaran norz..beraya di KL je? mesti seronok jugak tu..jalan tak jem kan?
    oo norz orang Raub rupanya…ada open hse ke nanti? nak tunggu jugak chef ni buat open house…hihi

  4. norz said,

    17 October 2007 at 1:38 pm

    Nina Suria, jemputlah. Tunggu sekejap, akak buat Mi Goreng Spura – elok la jamu org Brunei, hehe. Banyak lagi kek lapis kat rumah?

  5. norz said,

    17 October 2007 at 1:39 pm

    zettyhani, kalau kecil mungkin setting komputer u. Cara utk besarkan, tekan Ctrl dan klik bbrp kali pada tanda + kat atas keyboard. InsyaAllah, besarlah tulisannya.

  6. norz said,

    17 October 2007 at 1:45 pm

    UncleJ, jln jam jugak pd mlm sblm raya, org serbu Jln TAR. 1st day, MRR2 jg jam sbb ada org balik kpg yg dekat2. Ramai jiran tak balik jg tahun ni, anak2 depa pulak balik ke rumah ibubapa (yg dah kahwin tu). Open hse belum tau lg sbb ada mcm2 cooking programme for magazines/cookbook. Kalau ada rezeki, sampai la jemputan I ke Bangi tu, hehe.

  7. OD said,

    17 October 2007 at 5:02 pm

    Salam Kak Norz…
    Tu dia… dua sekali entri hari ni… ekekekkeekeke… Orait kakakku cayang. OD dah check dan tick semua kotak yang Kak Norz katakan kat atas tu. Nak habis dah… tak sabar-sabar nak hantar nih… tak sabarrrrrrrrrrr… Kita jumpa tahun depan tau. Jangan lupa Kak Norz. Tapi, OD nak main aci nyorok ngan Kak Norz dulu la. Belum fikir style apa tapi, nak aum cak aum cak dulu untuk warming up session… huhu. Isy… mengarut bebenor OD nih ek. Nanti, bulan empat nanti ada tak koi raya lagi kat rumah Kak Norz tu? Hmm… (tengah fikir nih)

  8. norz said,

    19 October 2007 at 1:09 am

    Salam, OD.
    La, ehh…kalau takde koi raya, akak buatkan khas utk OD. Cakap aje nak koi apa…tanggung beres. Hehe.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: