Gaya bahasa

Mungkin saya bukanlah orang paling tepat untuk berbicara tentang novel cinta (ramai lagi di luar sana yg lebih terror dan menonjol) tapi rasanya, bolehlah saya kongsi sedikit pengalaman.

*Gaya Bahasa
Gaya bahasa atau stail adalah ‘kekuatan’ penulis. Setiap penulis mempunyai stail yg berbeza dalam persembahan novel mereka. Jika anda mempunyai stail tersendiri yg hebat, anda dikirakan sebagai seorang penulis yg outstanding. Jadi, bagaimana nak dapatkan stail begitu? Kita masih boleh meniru stail penulis pujaan kita tetapi jangan sampai terikut-ikut dari segi struktur ayat dsbnya. Cuba dapatkan stail sendiri dengan bereksperimen. Baca sebanyak buku yg mungkin dengan pandangan kritikal terhadap stail penulis tersebut. Buat perbandingan antara buku. Anda akan dapati, anda boleh cipta stail tersendiri merangkumi beberapa aspek dalam buku2 tersebut. Pada mulanya mungkin sukar untuk mengadaptasi tapi lama-kelamaan, anda akan rasa selesa.

*Bahasa indah
Salah satu cara untuk menyuntikkan bahasa indah ke dalam karya adalah dengan membaca banyak buku/novel nukilan beberapa penulis ‘nama besar’ yg terkenal (pada zamannya atau zaman sekarang). Novel klasik mereka harus dijadikan guideline. Shahnon Ahmad, mungkin dengan ‘Ranjau Sepanjang Jalan’, A.Samad Said dengan ‘Salina’ atau Azizi Hj Abdullah dgn ‘Seorang Tua di Kaki Gunung’; sekadar menyebut beberapa nama. Deskripsi latar (langit, laut, gunung dll) atau wajah seseorang (fizikal/emosi) akan memberi keindahan pada karya. Ini mungkin terbit dari hati penulis itu sendiri – cuba fikirkan bila dan di mana fikiran anda terangsang untuk berpuitis.
Adakah bila berada di tepi laut?
Adakah bila mendengar lagu sentimental?
Adakah setelah membaca novel yg menyentuh hati?
 

Jangan give-up kalau tak boleh pada percubaan pertama atau kedua. Menjadi penulis bukanlah mudah, sebenarnya. Sesetengah orang mengambil masa lima bulan untuk menjadi terkenal, sesetengahnya lima tahun; selebihnya mungkin selepas kematian penulis.

Ada penulis berbakat, ada penulis rajin. Penulis berbakat yg malas takkan ke mana2. Penulis rajin akan terus berusaha sehingga berjaya menghasilkan karya yg akan diiktiraf, meraih anugerah dan diingati sepanjang zaman.

05:43

12 Comments

  1. norzailina said,

    9 October 2007 at 7:50 am

    Andaikata penulis tiada dapat mencipta untaian menarik dan kata2 indah mempesonakan, tiadalah bermakna karyanya tiada indah. Kadangkala gaya sedemikian keterlaluan atau melankolik dan mendatangkan kebosanan pula kepada pembaca. Ingatlah, ada pelbagai ragam pembaca. Seelok-eloknya penulis seimbangkan karyanya. Ini mungkin mudah bila penulis telah banyak berkarya dan mendapat ‘feedback’ daripada pembacanya…

  2. syimasyawal said,

    9 October 2007 at 9:44 am

    salam Kak Norz…..

    Terima kasih kerana sudi berkongsi tips ni…rasanya amat berguna sekali….. syima akan terus berlajar. Moga syima juga boleh menghasilkan mss yang terbaik….

  3. Ainin Naufal said,

    9 October 2007 at 12:55 pm

    Salam, Kak Lina. Terima kasih atas jawapan tempoh hari. Sekarang tak ada sebarang keraguan lagi.

    Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan batin dari kami dua beradik.

  4. OD said,

    9 October 2007 at 6:15 pm

    Salam Kak Norz…
    Tips yang amat berharga, mengalahkan patplo juta ringgit (bak kata Pokcik Mersik!!! OD rasa dia merajuk ngan OD sebab OD tanya Kak Norz, dia boleh dipercayi atau tidak… ampun!!!).
    OD ingin mencuba nasib menggarap kisah cinta yang menjadi bayang-bayang diri. Hendak OD adun ayat-ayat yang indah, namun, OD bukan pemuisi yang bijaksana yang mampu membuat sang pencinta terlena dengan kata-kata berjiwa.
    Huhu… sabar saja aku. Ini adalah cabaran yang amat hebat kerana OD tak pandai nak tulis ayat-ayat yang lemah gemalai tu… tapi, belum cuba belum tahu, kan Kak Norz.
    Ini pendapat OD ya, Kak Norz, ada buku yang amat bagus hingga terbuai kita membacanya. Ada sesetengah tu, bagus isi cerita tetapi, penulis suka mengulang ayat yang sama sampai kita terfikir, itu saja ke yang dia tahu nak tulis? OD harap, OD bukan tergolong dalam kumpulan kedua bila menggarap kisah cinta nanti.
    Salam sayang dari OD, Kak Norz. Mwah mwah mwah.

  5. nuriman said,

    9 October 2007 at 11:13 pm

    Salam..tips yg berguna…nampak gayanya saya ni nak menulis kat blogpun tak reti kak hihihi..tapi tu laa banyak slanga…

  6. UncleJ said,

    10 October 2007 at 12:55 am

    salam norz..a very good tips on writing..saya nak menulis kat dlm blog pun terkial2 lagi ni..lintang pukang gaya bahasa saya..hehehe

    menulis ni kena ada bakat dan pengalaman jugak kan? tak boleh simply tulis je..nanti orang baca entah apa2…macam saya ni ada jugak gaya tersendiri..gaya merapu ler..ekekeke

    nanti bg tips lagi..boleh kita kongsi bersama…

    thanks norz..

  7. norzailina said,

    10 October 2007 at 7:52 am

    Salam, UncleJ.
    Lintang pukang IS a gaya jugak, especially when writing comedies. Mmg macam2 gaya org menulis dlm blog, kita boleh baca mood dia masa menyusun ayat tu. But whatever the style, the important thing is, kita dapat kenalan baru…if it weren’t for the blog, say, our paths wouldn’t have crossed.

    Bakat tu, mmg ‘membantu’ tapi ibarat pisau, kalau tak diasah takkan tajam. Kalau ada bakat, ‘writing becomes second nature’. Tapi, wartawan yg belajar menulis juga ada yg outstanding. They learn along the way. They make mistakes and improve. Pd saya, gaya merapu sgt menghiburkan…haha…sebab bukan semua org boleh menulis begitu!

    Pengalaman yg dilalui, kalau penulis tak ‘menghayati’ takkan berbekas. That means, penulis melihat ‘pengalaman’ dr sudut ‘org kedua’ – imagine diri kita ni, 2 org: satu fizikal, satu lagi x-fizikal. Hanya x-fizikal dpt melihat pengalaman dr perspektif berbeza. Bila menulis, emosi sebenar KITA tak harus nampak atau mempengaruhi cerita. It might make the story boring.

    Masa saya tulis ImpianTerindah, set in 2124 (futuristic science fiction love story), saya buat research selama 5 bulan. Masa ni, pengalaman dikutip cuma waktu tgk Star Wars atau Star Trek. Selebihnya, membaca (buku/internet). Yg penting, never never never give-up.

    InsyaAllah saya akan kongsi bbrp tips lg, thanks krn menghargai.

  8. Abang Long said,

    10 October 2007 at 10:42 am

    Selamat menyambut HARI RAYA AIDILFITRI bersama keluarga tersayang. Maaf zahir dan batin. Berhati – hati dijalanraya – ANDA MAMPU MENGUBAHNYA !.

  9. lilysuriani said,

    10 October 2007 at 11:40 am

    selamat hari raya, maaf zahir dan batin. kalau ada biskut raya yang terlebih tu, hulur2 ler… thanks for the tips! sgt2 berguna.

  10. norzailina said,

    11 October 2007 at 5:27 am

    Abang Long & Lily Suriani, Salam Aidilfitri. Ceria & bahagia selalu hendaknya bersama keluarga tersayang…

  11. Dewi Sukma said,

    26 October 2007 at 12:38 pm

    Salam lebaran Kak Lina, apa kbr? Ceria aje nampaknya! Terima kasih kerana memberikan kepada kami tips-tips yang bagus dan insya-Allah, Kak Lina akan dilimpahi rezeki yang berganda-ganda lagi..

    Bagaimana dengan perkembangan novel terbaru? Ada apa-apa clue? Tak sabar nak baca, tentunya istimewa kerana ada kelainan di dalam setiap karya Kak Lina.

    Sekian, wassalam.

  12. norz said,

    26 October 2007 at 5:56 pm

    Dewi Sukma, alhamdulillah ada ruang utk berkongsi pengalaman yg akak kutip sekian lama…(rasa mcm tua la pulok). Novel terbaru sdg dlm proses pengkaryaan, saban ari akak mengulitnya – benarlah ia sgt berbeza drpd yg lepas2. Misterinya hanya akan terbongkar bila ia berada di tangan anda, cewahh…clue? Ada watak chef & pelumba F1. Gempaq!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: