Juadah Raya?

Bila sebut Hari Raya, apakah makanan yg pertama terlintas pada fikiran kalian? Lemang, ketupat atau dodol? Bauhulu atau wajek?

Apa yg tak menariknya sekarang, oleh kerana kuih-muih atau lauk-pauk itu boleh dibeli sepanjang tahun, maka dah hilanglah apa yg dikatakan sebagai keglamorannya. Zaman dulu (tak berapa lamalah, mungkin tahun 1960-70an), semua juadah raya hanya dapat dinikmati pada – Hari Raya! Jadi, suasana menarik sungguh sebab kita dah rasa ‘rindu’ pada juadah tersebut. Kini? Tengok dodol, biasa saja. Belek wajek, ahh, baru minggu lepas beli kat pasar malam. Lihat lemang, emm, kat pasar tani berlonggok. Nasi impit, kuah kacang, masak lodeh semua dah jadi juadah rutin di gerai waktu sarapan. Erks, bosannya!

Jadi, macam mana nak kembalikan semula juadah yg benar-benar nostalgia? Yg, bak kata orang, kita boleh associate dengan raya saja. Nampak macam raya 20 tahun lagi pun tak berubahlah…jom kita pakat create sesuatu yg khusus untuk raya – biar anak cucu kita di tahun 2020 nanti kata, ni juadah warisan neneknya di tahun 2007. Hehe.

6 Comments

  1. OD said,

    6 October 2007 at 12:41 am

    Salam Kak Norz…
    Juadah raya di rumah OD biasanya rendang, nasi himpit dengan kuih kacang. Kadang, OD buat ketupat, bakar lemang, wajek, dodol… isy… nampak sangat OD bedaah!!! Macamlah pandai sangat nak buat semua tu. Biasanya, satu raya (hanya hari tu sahaja kami sambut di sini), OD buat sikit mee goreng, rendang, nasi biasa, nasi himpit dengan kuah kacang tadi. Kuah kacang tu OD beli je kat kedai Kak Tini. Pedas ya amat tapi sedappppp…
    Masa balik beraya tahun lepas, rasa tak best saja beraya. Tak seperti masa OD budak-budak dulu. Orang masjid yang datang bertakbir adalah orang-orang tua yang datang bertakbir dua puluh tahun lalu. Orang-orang muda tak nampak batang hidung. Merempit kot. Kebanyakan rumah, tutup pada satu hari raya. Hairan juga. Nak kata balik kampung, memang itu kampung halaman orang-orang tu. Jadi, kami berkunjung ke rumah saudara mara saja. Budak-budak pun tak ramai. Kalau dulu, ramai yang datang ke rumah nak kutip duit raya. Ada yang datang berulang kali sampai kita bagi warning… ekekekekkee… Tapi tahun lepas, OD pula terpaksa suruh mereka datang ke rumah dan ajak kawan-kawan datang. OD faham, budak-budak takut dah nak pergi rumah orang yang tak dikenali. Tak fasal-fasal, tak keluar dari rumah tu… sabar sabar.

  2. norzailina said,

    6 October 2007 at 6:34 pm

    OD, buat pertama kali dlm sejarah, tahun ni akak beraya di KL. Tatau lagi la mcm mana tp plan nak ronda2 Jln TAR, diaorg kata happening betul peniaga melelong miskut raya, haha. Takde la beli, sekadar menjamu mata. Tradisi beraya mcm dulu makin kurang. Bebudak syok tgk tv lagi drpd berkunjung. Di tmn perumahan laks, kena tunggu jemputan Open House, kalau tak, tuanrumah buat muka seposen.
    Dont worry, OD, wlu jauh di sana, akak tetap ingat masa potong lemang nanti…Book Fair 08 nanti kita pi cari lemang cicah ngan rendang, eik?

  3. nuriman said,

    7 October 2007 at 6:05 am

    Salam banyak ke buat kuih raya kak err nak panggil apa ek..?

  4. norzailina said,

    7 October 2007 at 6:58 am

    Salam, Nuriman.
    Panggil akak je…makcik pun boleh, hehe.
    Kuih raya belum start buat lagi tapi cadang2 tu 4 jenis cukuplah. Kek pulak 2 jenis. Satu hari aje buat semua sekali, senang sikit. Sehari aje bersepah dapur, haha. U raya kat mana?

  5. nuriman said,

    7 October 2007 at 7:02 pm

    Wah… rajinnya wat kuih raya…saya raya pertama kat sini pj.kedua di kampung di kelate..selamat hari raya laa kak..salam ukhuwah……

  6. norzailina said,

    9 October 2007 at 10:38 am

    nuriman, sama2lah kita menyambut kedatangan Syawal dgn penuh kesyukuran. Semoga selamat pergi dan kembali dari kampung.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: