Nak tulis novel?

Salam untuk semua.

Kelmarin ada seseorang mengirimkan emel, ingin tahu prosedur menulis novel dan hal2 yg sewaktu dengannya. So, saya ambil kesempatan ni untuk huraikan serba sedikit:

Font & Spacing
Lebih baik pilih Times New Roman saiz 12. Spacing pula langkau dua baris (double spacing). Mulakan bab baru di mukasurat baru, dengan bilangan bab dan tajuk kecil (jika ada).
ps: Anehnya saya, kalau nak mula novel baru kena cari font yg sesuai baru boleh mula. Takde kategori khusus, hanya apa yg dipanggil ‘gerak hati’. Kadangkala saiz 11,bergantung pada font. Saya lebih suka spacing 1.5. Personally, tak berapa suka Times New Roman (too formal, hehe…)

How long?
Bergantung pada soalan ini: Di mana karya nak dihantar? Beli beberapa buah buku terbitan syarikat tersebut dan tengoklah kecenderungan mereka. Ok, jika novel untuk kanak2 atau remaja (khusus untuk remaja di sekolah), pastilah lebih pendek. Jika novel berunsur cinta tentulah mencapai 550 muka surat atau lebih sedikit. Jika didapati terlalu panjang, Editor akan suruh potong. Kalau terlalu pendek, mungkin harga novel yg sudah siap agak murah.
ps: Manuskrip akan melalui pelbagai proses dan berapa tebal hasilnya setelah siap sukar dijangkakan dengan tepat. Give an allowance of 15-20 pages from the original manuscript.

How to send?
Hantar sendiri (jika tinggal berdekatan penerbit) atau kirimkan melalui Pos Laju/Pos Berdaftar. Sertakan surat mengesahkan penerimaan (oleh penerbit) yg akan dikirimkan kembali kepada anda. Ini adalah penting sebagai bukti i.e. black-and-white. Kalau main telefon saja, orang boleh lupa (unless u tape the conversation, which is unlikely…)
ps: Kalau u dah jadi penulis best-seller, boleh emelkan saja manuskrip, penerbit akan terima dengan senang hati…haha! (Bukan, bukan saya, ehh…saya masih kena hantar yg diprint & dibind dulu!!)

28 Comments

  1. OD said,

    4 October 2007 at 3:46 am

    Kak Norz cayang… OD baru nak tulis emel kat Kak Norz nak bertanyakan soalan yang sama. Ni, Kak Norz dah jawab… huhu… Sihat ke? Hari ni Kak NOrz tak buat shooting kat mana-mana? Dah habis dah novel yang Kak Norz buat tu? Kisah cinta ek? Tak sabar la OD nak baca. Adik OD beli Impian Terindah lepas OD rekomen. Dia suruh kawan-kawan dia beli jugak… huhu… OD tengah pulun menulis juga, Kak Noz… payah sikit sebab banyak hal lain yang sedang cuba diselesaikan… nak pindah tak pindah nak pindah tak pindah, lama-lama OD mengah… he he he.

  2. norzailina said,

    4 October 2007 at 7:22 am

    OD, akak sihat. Excited sgt sebab OD rajin posting kat semua n3. Kalau akak tak hargai org mcm OD, akak akan ketuk kepala akak sendiri patplo kali (pinjam kata2 pokcik). Hihi.
    Bulan pose takde shooting. Ada la offer dari satu company utk masak 10 dishes guna produk depa tapi akak sengaja bagi quotation tinggi, hah, menciput depa lari…ni gara2 “malas” nak masak (utk client) if tengah menulis.
    Novel yg akak tgh buat ni, historical-thriller. Kisah cinta akan menyusul tak lama lagi. TQ krn rajin recommend IT. Rasa mcm berbaloi buat research 5 bulan…Good luck to u, OD. Teruslah berkarya. Akak doakan berjaya… Pindah ni seronok, dpt environment baru tapi yg tak syok nye mesti penat.

  3. nuriman said,

    4 October 2007 at 7:52 am

    Assalamualaikum….terima kasih tips ni menarik..sangat..salam aidilfitri buat Nozailina..

  4. noorsiha abd. manaf said,

    4 October 2007 at 12:39 pm

    Assalamualaikum!

    Harap i belum terlambat untuk mengucapkan TAHNIAH kepada Norz atas pelancaran laman baru ini. Nampaknya lebih terpinci dan kemas sekali, i sukalah. Semoga terus berjaya dalam berkarya disamping berkongsi ilmu dengan yang ingin menimba ilmu dari Norza. Tahniah sekali lagi.

  5. norzailina said,

    4 October 2007 at 9:40 pm

    nuriman, waalaikumsalam. Sama-sama, harap dapat membantu bakal penulis. Semoga Lebaran disambut riang dan penuh kesyukuran.

  6. norzailina said,

    4 October 2007 at 9:43 pm

    noorsiha, thanks kerana sudi singgah. Terima kasih byk2. InsyaAllah, dgn pengalaman hampir 15 tahun, saya kongsi dgn adik2 yg baru nak berjinak dgn dunia penulisan. Kalau ada kemusykilan memasak pun akan saya cuba jawab setakat yg termampu.

  7. OD said,

    5 October 2007 at 1:10 am

    Salam Kak Norz… historical-thriller? Wah! Saya suka… saya selalu buku Inggeris yang memaparkan genre yang sama. Puas sikit sebab kita tahu latar belakang sejarah tu, cuma, cara penceritaannya dibuat dalam bentuk novel. Tak sabar, tak sabar… huhu… nanti Kak Norz jadi Penulis Historical Thriller No: 1 di Malaysia… canggih.
    Memang OD faham. Bila menulis, rasa tak mau gangguan. OD tanya anney, leh tak OD gi nyorok kat gua mana-mana untuk dua bulan. Dia kata dia nak ikut… ekekekeke… orang nak dok sorang-sorang supaya boleh concentrate tapi dia lak nak berkepit dengan kita. Sabar… sabar.
    Kak Norz, nak tanya sikit boleh? 520 halaman (1.5 spacing) tu, lebih kurang IT ke tebalnya?

  8. norzailina said,

    5 October 2007 at 7:11 am

    Hi, OD. FYI akak tulis novel tu dgn seorang lagi kenalan (mcm twinning program la, hihi…). His ideas are fantastic and we always have brain-storming sessions to produce the best plots etc. Great experience, actually, bila working with someone yg ‘sama kepala’. Just like the proverb: Two heads are better than one…
    OD nak nyorok kat gua, akak pulak nak duduk rumah kat tepi tasik selama sebulan cukup la, hehe. Nak tingkap besar (x boleh buka nanti kena angin, ngantuk laks) so akak rasa mcm duduk atas air…then ada someone yg sediakan makan-minum. Sama je fikiran kita, eik? Kat US mmg publisher sponsor penulis yg novel mereka best-seller. Huh, dema byk duit gitu ler…Kat Msia lambat lagi kut?
    To be exact, IT tu 111357 words. Yup, anggaran setebal IT. Getaran Rindu (b4 IT) pula about 123,000.
    BTW, wlu akak tulis dgn font lain, bila submit kat publisher tukar ke Times New Roman to avoid any problems.

  9. OD said,

    6 October 2007 at 12:33 am

    Salam Kak Norz yang jelita…
    Kak Norz sihat? Huhu… betullah apa yang Kak Norz kata tu. Orang pilih rumah tepi tasik ke, atas bukit peranginan ke untuk mencari idea. Ni, OD pilih gua pulak. Mana ada letrik dalam gua. Takkan nak tulis mss tu kat dinding gua tu pulak (come to think about it, hmm… tulisan kat dinding gua tu nanti boleh jadi fakta sejarah lima ribu tahun nanti, kan!!!)
    Anyway, Kak Norz, best, kan ada kawan satu kepala yang boleh dipercayai. Kak Norz agak, Pokcik Mersik tu boleh dipercayai tak? Gegegegege…
    Mss OD tak jauhlah kalau begitu. Yang sedang OD buat ni, dah sampai 105580 patah perkataan. Lagi dua puluh tiga puluh ribu, siaplah, kan… insyaALLAH, siap minggu depan.
    Terima kasih Kak Norz, beri tips yang amat berguna buat OD. Mwah….

  10. norzailina said,

    6 October 2007 at 8:49 pm

    Salam OD yg gebu,
    Pokcik Mersik tu kekadang jer boleh percaya. Susah nak predict. Hihi. Sat lagi dengor dek dia, haru dibuatnya…mesti akak kena baling dengan kain pelikat lusuh dia yg dah 2 bulan tak basuh tu…gegegege..ekekekeke..!!
    Laa…siap minggu depan? Nampaknya samalah kita…talk about coincidence!

  11. Syima Syawal said,

    7 October 2007 at 7:07 am

    Salam kak Norz…

    Hmm… rasanya inilah tip yang paling berguna… terima kasih. Dulu sebelum menceburi bidang penulisan ini saya hanya membaca akhbar, jika ingin mengenali penulis kegemaran saya tapi tidak kali ini, saya rasa macam lebih dekat dengan mereka…hehehhe… wah OD bersemangat nampak! Caiyyokk… pulun jangan tak pulun…

    Kak Norz… bagi ler sikit tips nak nulis cerita cinta ni… saya tengah cuba buat novel berbentuk begini. Saya ni lemah dari segi gaya bahasa, saya lebih suka menggunakan ayat yang tidak berbunga-bunga.. macamana nak belajar menulis dengan gaya bahasa yang indah ya?

    Moga kak Norz akan berjaya menghasilkan novel tersebut….

  12. OD said,

    8 October 2007 at 5:38 am

    Salam Kak Norz yang glamour…
    InsyaALLAH, saya akan hantar pada 15/10 nanti. Kepada siapa? Biarlah rahsia… huhu… alah… nanti kalau diterima, OD akan bisik-bisik kat Kak Norz ya. Kak Norz orang pertama yang akan OD beritahu. Sekarang ni, malulah nak pukul canang. Nanti orang kata, OD ni tong kosong saja. Cakap saja lebih tapi abuk pun tarak… huhu… Nak raya dah Kak Norz… sedih tak dapat balik kampung… meh ler sini… beraya dengan OD…

  13. norzailina said,

    8 October 2007 at 6:40 pm

    Syima Syawal, nanti akak berikan tips. Sabar, ya…

  14. norzailina said,

    9 October 2007 at 5:21 am

    OD, akak doakan semuanya berjln lancar…membilang hari nampaknya! Bagus betul OD, boleh tulis macam2 buku at one time. Versatile gitu. Kalau ada sayap, akak terbang ke sana la ni jugak! Takpe, jauh dimata dekat dihati..

  15. apiz said,

    24 October 2007 at 12:27 pm

    kak lina, nanti takde nak buat open house ke?
    saye dah tak sabar ni nak datang…
    hehe, gi jalan eh, naik kuda lagi….
    papepun, selamat hari raya,
    maaf zahir batin….
    semoga suksess selalu….

  16. norz said,

    24 October 2007 at 9:23 pm

    insyaAllah, tengah planning ni. Jgn risau, apiz org first yg akan tahu, ekekeke. Salam Lebaran dr akak gak. Takde salah papepun apiz, kita 0-0 gitu (ek eleh, macam score football la pulokkkks). Caya la apiz, rajin dtg sini. Nanti akak bekalkan ayam paling besor kat apiz, eik?

  17. Teyka said,

    11 September 2009 at 9:42 am

    salam..urm..saya baru jer nak ceburi bidabg penuloisan ni..so,tak berape tahu la..saya nak tnye kat k.lina,cmne nak wt manuskrip novel..sbb msalah utama saya skunk ialah saya tak tahu cm ne nk wt manuskrip novel..k.lina bole tak tolong saya??

  18. Teyka said,

    11 September 2009 at 9:43 am

    salam..urm..saya baru jer nak ceburi bidang penulisan ni..so,tak berape tahu la..saya nak tnye kat k.lina,cmne nak wt manuskrip novel..sbb msalah utama saya skunk ialah saya tak tahu cm ne nk wt manuskrip novel..k.lina bole tak tolong saya??

  19. awish said,

    28 September 2011 at 4:58 am

    salam..kak lina macam mana nak buat manuskrip novel ya? dan kak lina berilah satu cadangan tempat yang bagus untuk hantar manuskrip ni

  20. Syurfa said,

    24 October 2011 at 9:15 pm

    Salam..ad part time retype novel x? Means, ilham2 yg x smpat d type oleh penulis utk d bukukan menjadi novel..any info juz drop at my emel..tq

  21. safina said,

    16 January 2012 at 3:13 pm

    sya minat nak tulis novel tpi xtau nk hntar kt spa untk diterbtkan

  22. Anonymous said,

    27 May 2012 at 3:05 pm

    sye nk jdy penulis tpi x tahu nak mula dari mana.

  23. Nurezaty Husna said,

    27 June 2012 at 8:27 pm

    Salam…sy minat nk jadik penulis..boleh x bg alamat untuk terbitkan novel sy ni….??

  24. Anonymous said,

    30 August 2012 at 6:59 pm

    sy minat nak tulis nvel tapi mcm mane nk mulakn ek?

  25. Anonymous said,

    27 February 2013 at 5:56 pm

    Salam..sbnarnyer sye suka nk jd seorang penulis..bleyh tak kak bg sye tips utk jd seorang penulis yg profesional..

  26. mirul said,

    9 May 2014 at 1:02 am

    maaf ya kakak saya ni ada la tulis novel masa sekolah dulu berminat nak baca?sekadar nak minta pandangan hasil penulisan saya.

  27. mirul said,

    9 May 2014 at 1:09 am

    .ada banyak juga la novel yang saya buat.tapi macam susah je nak terbitkan.tak tahu cara.boleh bantu?

  28. Anonymous said,

    20 June 2014 at 4:27 pm

    impian sy nk jdy pnlis novel,,sy da krg novel mgkin45,,,,smua mka surat 678 dn lbih lg!!dri thn6 hggalh skrg!!!umo sy skrg 16!!!!mnat sgt!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: